Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Serpihan pesawat ditemui di Laut Baltik

    HELSINKI, 6 SEPT – Mayat penumpang dan serpihan pesawat telah ditemui di Laut Baltik semasa operasi mencari di luar pantai Latvia melibatkan sebuah jet peribadi yang terhempas dalam keadaan misteri, berkemungkinan membunuh keempat-empat penumpangnya.

    Ketua Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat Marin Latvia, Leftenan Peteris Subbota memberitau The Associated Press bahawa saki-baki mayat yang ditemui dipercayai ada kaitan dengan nahas itu dalam satu operasi penemuan hari ini oleh kapal pengawal pantai Latvia dan robot bawah air.

    Pengawal trafik udara pada Ahad terputus hubungan dengan jet Cessna Citation 551 yang membawa empat penumpang sejurus berlepas dari bandar Jerez, Sepanyol. Pesawat yang dalam perjalanan ke Cologne, Jerman sebelum ini melaporkan terdapat masalah dengan tekanan kabin.

    Beberapa buah negara Eropah berusaha menjejak jet pejuang ketika pesawat itu melintasi benua itu, tetapi tidak dapat melihat atau menghubungi sesiapa di kokpit, lapor media Jerman, menyebabkan tabloid Bild memanggil pesawat itu sebagai ‘pesawat ghaib.’

    Cessna hilang daripada radar semasa ia terbang di luar laluan di atas Laut Baltik, disyaki menggunakan auto pilot dan kemudian terhempas di perairan Latvia kira-kira 37 kilometer barat laut bandar pelabuhan Ventspils.

    Pencarian di bawah air masih belum menemui bangkai pesawat, tetapi Subbota berkata peluang untuk menemuinya sepatutnya baik kerana air hanya sedalam 60 meter di tapak dan dasar laut boleh diakses.

    Akhbar harian Express dan Koelner Stadt-Anzeiger yang berpangkalan di Cologne melaporkan bahawa Cessna membawa seorang ahli perniagaan tempatan yang terkemuka iaitu seorang juruterbang amatur berserta isteri, anak perempuan dan teman lelakinya. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...