Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Sesi konsultasi SPK bawah 50 bermula 20 Mei

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MEI – Tabung Amanah Pekerja (TAP) akan membukakan sesi konsultasi Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) untuk ahli-ahli TAP yang berumur di bawah 50 tahun bagi mengetahui lebih lanjut mengenai anuiti bulanan yang akan diterima semasa bersara dan simpanan SPK ahli bermula di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) pada 20 sehingga 30 Mei.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan TAP, hari ini, sesi berkenaan akan dibukakan dari 8 pagi sehingga 4 petang dan ditutup pada Jumaat dan Ahad.

    Sehubungan itu, ahli-ahli yang berumur 50 tahun dan ke atas juga dialu-alukan untuk hadir dan membuat tempahan sesi konsultasi SPK dengan melayari pautan https://booking.tap.com.bn.

    Di samping ini, mulai 20 Mei depan, para pengguna portal e-Amanah boleh mendapatkan penyata SPK yang memperlihatkan anggaran jumlah penerimaan bulanan SPK setelah bersara nanti.

    Semasa sesi tersebut, ahli-ahli SPK juga dapat membuat permohonan pengeluaran skim TAP seperti pengeluaran TAP 50 tahun, TAP 55 tahun, dan TAP Perumahan; pengeluaran SPK seperti pengeluaran SPK 45 tahun, SPK 50 tahun, SPK 55 tahun dan SPK Perumahan; atau pengeluaran SCP 60 tahun.

    Dalam pada itu, ahli-ahli dinasihatkan untuk membawa dokumen-dokumen pengenalan asal serta maklumat akaun bank ahli. Bagi ahli yang ingin membuat permohonan TAP atau SPK Perumahan perlu membawa dokumen-dokumen yang berkenaan, senarai dokumen boleh dirujuk di laman sesawang www.tap.com.bn.

    Tarikh akhir permohonan pengeluaran skim TAP/SCP/SPK adalah pada 30 Jun. Sebarang permohonan pengeluaran SPK hanya akan dibukakan semula pada 17 Julai depan.

    Manakala itu, setelah pelaksanaan SPK nanti, hanya pengeluaran TAP 55 tahun akan ditawarkan khusus kepada ahli-ahli yang menangguhkan penyertaan ke SPK.

    Selain itu, Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR) sementara bagi pengeluaran SPK akan mengambil masa sehingga satu bulan dari tarikh pelaksanaan SPK.

    Gambar fail pegawai TAP memberikan taklimat mengenai SPK di salah sebuah kementerian kerajaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...