Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Sesuaikan diri dengan kaedah pembelajaran online

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MAC – Menyesuaikan diri dengan kaedah pembelajaran secara dalam talian semasa pandemik COVID merupakan cabaran terbesar semasa pengajian di Politeknik Brunei (PB).

    “Melalui kelas dalam talian, interaksi fizikal antara rakan sekelas dan pensyarah menjadi terhad dimana kami belajar menggunakan aplikasi seperti Microsoft Teams, PBLMS, Zoom dan sebagainya.

    “Perubahan ini menyebabkan saya sukar untuk menumpukan perhatian dalam jangka masa yang lama, lebih-lebih lagi dengan persekitaran yang berlainan daripada pembelajaran secara fizikal.”

    Cabaran itu dikongsikan oleh Dayang Rabiatul Afiqah binti Hamdan yang merupakan graduan Diploma Tahap 5 dalam Business Accounting and Finance semasa ditemui semasa Majlis Konvokesyen ke-7 PB yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, kelmarin.

    Penerima Anugerah Akademik Cemerlang itu seterusnya menambah, “Mengerjakan projek kumpulan menjadi lebih sukar disebabkan pandemik COVID, kami tidak dapat berjumpa secara peribadi untuk berbincang dan menyelesaikan tugasan projek kumpulan dengan lebih teliti dan teratur.”

    Untuk mencapai kejayaan, Dayang Rabiatul Afiqah menyatakan bahawa seseorang itu hendaklah memiliki keinginan untuk berjaya, harus optimis dan selalu berusaha untuk mencapai yang terbaik dalam hidup. Seterusnya, hendaklah bertanggungjawab untuk membahagi masa dengan seimbang dan menjadi pengurus masa yang bijak.

    “Percayalah dengan kemampuan diri sendiri dan jangan berputus asa. Dari segi tugasan, saya percaya sekecil kecil tugasan pun kena buat bersungguh sungguh sebab ia akan memberi kesan kepada prestasi keseluruhan.

    “Yang paling penting, sentiasa rasa bersyukur ke hadrat Allah SWT dan jangan lupa punca semangat kita, ibu bapa dan keluarga. Mereka mengharapkan sesuatu daripada kita, kalau rasa down, kenang kembali ibu bapa dan tujuan asal serta objektif kita,” ujar beliau yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Brunei.

    Dayang Rabiatul Afiqah semasa ditemu bual di Majlis Konvokesyen PB ke-7 yang berlangsung kelmarin, telah mengongsikan pengalaman pembelajaran secara dalam talian ketika pandemik.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...