Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Shanghai mula ‘bernafas’ kembali

    SHANGHAI, 1 JUN – Shanghai kembali ‘hidup’ hari ini ketika beberapa sekatan COVID dilonggarkan dengan ribuan berada di jalan-jalan raya selepas dua bulan dikenakan perintah berkurung hingga menjejaskan ekonomi China.

    Hab komersial dengan penduduk 25 juta itu telah ditutup sejak lewat Mac ketika varian Omicron memarakkan penularan terburuk China dalam tempoh dua tahun.

    Selepas peraturan dilonggarkan secara beransur-ansur beberapa minggu lalu, pihak berkuasa hari ini mula membenarkan penduduk di kawasan yang kurang berisiko untuk bergerak bebas.

    “Rasanya seperti kami telah melalui banyak trauma, trauma bersama,” kata Grace Guan kepada AFP.

    Penduduk Shanghai berusia 35 tahun itu berkata dia keluar malam semasa sekatan dilonggarkan dan menyaksikan beberapa kumpulan minum di jalanan, ada yang duduk bersama pada lapik yang dihamparkan di jalanan.

    “Kini rasanya seperti Tembok Berlin sudah runtuh,” katanya.

    Pagi ini, penumpang berkerumun ke stesen bawah tanah dan bangunan-bangunan pejabat, mengimbas kod QR yang mengesahkan mereka bebas virus. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...