Monday, May 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Shereen raih emas acara 400m

    KUALA LUMPUR, 28 MEI – Atlet olahraga Malaysia, Shereen Samson Vallabouy (gambar-Agensi) terus mencipta sensasi di Amerika Syarikat (AS) selepas menjuarai acara 400 meter (m) pada Kejohanan Trek dan Padang Divisyen II Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Pueblo, Colorado, hari ini.

    Menurut laman sesawang kejohanan itu, Shereen yang mewakili Winona State University di Minnesota berjaya merekodkan 52.74 saat (s) sekali gus mengesahkan kemenangan pingat emas di bumi ‘Uncle Sam’ itu.

    Pelari Azusa Pacific, Alayna Verner pula menduduki tempat kedua dengan catatan 52.78s manakala Corrssia Perry yang mewakili West Texas A&M pada kedudukan ketiga dengan 53.39s.

    Bulan lepas, anak perempuan kepada pasangan bekas pelari trek Malaysia, Samson Vallabouy dan Josephine Mary meleburkan rekod 400m kebangsaan berusia 30 tahun apabila berjaya mencatatkan 51.80s pada Kejohanan Olahraga Tahunan Mt SAC Relays ke-63 di California, AS.

    Beliau yang menggalas cabaran negara pada Sukan SEA Kemboja baru-baru ini juga nyata berada dalam kelas tersendiri apabila menepati ramalan memenangi pingat emas acara 400m selepas merekodkan 52.53s. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...