Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Sidang bincang daya tahan sumber manusia

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MAC – Dengan membawa tema ‘Membina Kedayatahanan dalam Budaya Kerja’, INITIATE Human Capital Summit 2022 akan diadakan pada 19 Mei nanti di Dewan An-Naura, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan).

    Sidang kemuncak berkenaan akan membincangkan dan menghuraikan konteks serta implikasi kedayatahanan dalam organisasi, jelas ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Pengerusi Bersama INITIATE, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad semasa Sidang Media INITIATE 2022 yang berlangsung di Auditorium, iCentre, Anggerek Desa, hari ini.

    Turut menyertai sidang media berkenaan ialah Pengerusi Bersama INITIATE, Awang Muhd Nur Aiman bin Haji Minorhadi yang mengongsikan bahawa INIATE akan mengumpulkan para peserta dalam industri sumber manusia (HR) dan mereka yang berminat dalam HR khususnya mereka yang mempunyai latar belakang sebagai pegawai HR dan eksekutif dalam korporat, kerajaan atau syarikat yang baru bermula, pelajar-pelajar HR dan pengurusan atau perniagaan, akademik dan guru HR, kakitangan bimbingan kerjaya serta konsultan kerjaya dan HR.

    Beliau turut menyatakan bahawa sidang berkenaan akan menekankan pematuhan kepada saranan Kementerian Kesihatan dalam pengawalan COVID-19 di mana hanya peserta yang mempunyai kod BruHealth berwarna hijau dan kuning, melengkapkan dua dos vaksinasi COVID-19 dan mempunyai keputusan ujian pantas antigen (ART) yang negatif dibenarkan untuk menghadiri sidang berkenaan.

    Sidang yang dihoskan bersama oleh Grominda Sdn Bhd dan Perspective Insan Academy itu merupakan sambungan kepada sidang yang diadakan pada 2021 di mana ia dihasratkan untuk memupuk dan melibatkan pengamal-pengamal HR di Brunei.

    Yang Berhormat Awang Iswandy dan Awang Muhd Nur Aiman semasa Sidang Media INITIATE 2022 yang berlangsung di Auditorium, iCentre, Anggerek Desa, kelmarin.

    Ia bermatlamat untuk memanfaatkan pembangunan modal insan di Brunei dengan mempromosikan kompetensi ken-diri melalui kemahiran teknikal dan insaniah serta mengenai amalan-amalan HR terbaik daripada pakar-pakar industri.

    Semasa acara itu, mereka yang menghadiri sidang berkenaan akan berpeluang untuk menubuhkan rangkaian dengan pengamal-pengamal HR lain semasa forum plenari di mana ia akan dikendalikan oleh Rangkaian Profesional Muda (YPN).

    Di samping itu, satu tambahan baharu kepada sidang berkenaan ialah Partners Pavilion di mana ia merupakan platform pameran untuk memperkenalkan dan menubuhkan rangkaian produk dan perkhidmatan, berkongsi pandangan, ilmu pengetahuan seta menubuhkan rangkaian dengan para peserta dan rakan-rakan kongsi.

    Ia membuka peluang bagi organisasi-organisasi untuk meneroka peluang-peluang, kolaborasi berpotensi serta mendapatkan pandangan.

    Bagi mereka yang berminat untuk menyertai INITIATE Human Capital Summit 2022 boleh mendaftar melalui https://bit.ly/initiateHRS2022 di mana tarikh akhir pendaftaran ialah 9 Mei.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...