Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Siri kongres kupas adat Teromba dalam perkahwinan Melayu

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan DBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI – Pembentangan ke-11 bagi siri Kongres Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu sempena Bulan Bahasa (KABSBM) yang berlangsung secara maya hari ini, telah mengupas mengenai ‘Lubuk Akal Lautan Budi Teromba dalam Adat Perkahwinan Melayu’.

    Tajuk berkenaan dibincangkan oleh pemakalah dari Malaysia, Felo Penyelidik Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dato’ Paduka Dr Mohd Rosli bin Saludin.

    Beliau antara lain menghuraikan mengenai adat Teromba yang digunakan dalam empat proses perkahwinan masyarakat Melayu iaitu dalam adat merisik, meminang, bertunang dan berkahwin.

    Jelasnya, adat Teromba merupakan komunikasi lisan dan himpunan kata-kata serta adat yang sangat penting bagi masyarakat Melayu pada waktu dahulu di mana orang-orang Melayu menggunakan puisi-puisi Melayu lama seperti pantun, syair, pepatah dan peribahasa dalam ungkapan untuk menunjukkan adab sopan dalam menegur dan berkomunikasi.

    Kongres berkenaan dipengerusikan oleh Pemangku Pengarah Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Haji Mohd Abdoh bin Haji Awang Damit.

    Seramai 144 orang peserta telah menghadiri siri pembentangan kali ini yang diadakan melalui penstriman platform Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Brunei dan aplikasi Zoom.

    Turut serta dalam kongres anjuran DBP Brunei melalui Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa itu ialah Setiausaha Tetap (Pengurusan Strategi dan Dasar) di KKBS, Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan; Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) di KKBS, Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah; Pemangku Pengarah DBP, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab, pemangku timbalan pengarah DBP dan para pemakalah dari dalam dan luar negara selain rakan-rakan strategik DBP, pegawai-pegawai kanan kerajaan, para pencinta bahasa, sastera dan budaya dari dalam dan luar negara.

    Profesor Madya Dato’ Paduka Dr Mohd Rosli bersama Haji Mohd Abdoh semasa sesi pembentangan tersebut.
    Antara yang menyertai kongres dengan tajuk pembentangan ‘Lubuk Akal Lautan Budi Teromba dalam Adat Perkahwinan Melayu’.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...