Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Pemain dram Brian tinggalkan Sheila On 7

    Selepas 18 tahun bersama, akhirnya pemain dram Brian Kresna Putro mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan Sheila On 7 sejak 6 April lalu.

    Memetik laporan Liputan6 keputusan itu dibuat selepas perbincangan dan pertimbangan yang panjang antara ahli kumpulan tersebut.

    Menurut pengurus, biarpun sukar untuk menerima keputusan itu namun anggota Sheila On 7 iaitu Duta, Eros, dan Adam terpaksa akur.

    “Insya-Allah semua ini kami jalani dengan penuh keikhlasan untuk tujuan yang terbaik bagi perjalanan hidup kedua-dua belah pihak di masa kelak,” katanya.

    Selepas berita tersebut tersebar, rata-rata peminat kumpulan yang popular dengan lagu Sephia itu meluahkan rasa sedih di laman sosial.

    Malah nama akaun Instagram Brian yang sebelum ini BrianSO7 kini sudah ditukar menjadi BrianKresnaPutro.

    Untuk rekod, Brian mula menjadi pemain dram tambahan sejak 2004 selepas kumpulan tersebut ditinggalkan Anton Widi Astanto dan dua tahun kemudian dia menjadi ahli tetap. – Agensi

    Brian (kiri) kini bukan lagi sebahagian daripada kumpulan Sheila On 7. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...