Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Skon British sarapan popular di Zimbabwe

    Gambar AFP

    HARARE – Satu hidangan yang manis dan rasa seakan-akan doh dari Britain telah menjadi sebahagian makanan kesukaan di Zimbabwe.

    Meskipun sejarah kolonial negara tersebut, ibu-ibu dan tukang masak kini menuntut pastri tersebut sebagai milik mereka sendiri.

    Sekarang, skon yang biasanya dinikmati oleh orang British sebagai hidangan minum petang kini terdapat di mana-mana di Harare, ibu negara Zimbabwe di Afrika Selatan.

    Makanan kegemaran sarapan di kawasan berkenaan, ia boleh didapati di mana-mana, dari restoran mewah hingga gerai pasar di kampung terpencil.

    “Kami amat menyukai skon. Ia bukanlah hidangan British, tetapi milik kami, skon tempatan kami,” kata Nyari Mashayamombe, seorang aktivis hak asasi manusia, ketika dia keluar dari sebuah restoran mewah di daerah Belgravia di Harare. Perkarangan restoran itu dihiasi dengan payung terbuka.

    Veronica Makonese, cef di Bottom Drawer, bilik minum teh mewah di Harare, menunjukkan skon yang baru dimasak di Harare.
    Tawanda Mutyakureva membentuk doh untuk skon dengan pemotong skon di kedai roti komunal di pasar Mbare di Harare.
    Dulang pembakar yang penuh dengan skon yang baru masak di stesen kerja Tawanda Mutyakureva di kedai roti Mbare.
    Tawanda Mutyakureva memeriksa dulang yang penuh dengan skon panas dalam ketuhar roti di kedai roti di pasar Mbare Musika, Harare.
    Veronica Makonese menyelaraskan suhu ketuhar gas di mana dia membakar skon untuk minum petang di Harare.
    Isteri Tawanda Mutyakureva (kanan) berdiri di depan ketuhar roti membungkus skon yang baru masak oleh suaminya dan dijual kepada seorang pelanggan.

    Menurut Mashayamombe, seorang wanita berusia 42 tahun yang berambut merah dan juga seorang penyanyi serta personaliti media, skon Zimbabwe yang padat tetapi ringan adalah hasil daripada gabungan antara budaya yang datang bersama penjajahan.

    “Di tempat-tempat mewah seperti ini… sebiji skon yang cantik boleh dijual sehingga enam dolar,” katanya, merujuk kepada mata wang dolar Amerika yang kini menjadi mata wang pilihan di Zimbabwe.

    “Ia memang berbaloi.”

    Beberapa kilometer dari sebuah pasar di Mbare, sebuah bandar tertua di Harare, skon tidak mungkin dapat ditemui selepas tengah hari.

    “Kami telah menjual semuanya pada pagi tadi. Jualannya amat laris,” kata seorang penjual.

    Ragi dan susu mentega

    Kedai roti komunal utama di Mbare, sebuah daerah kelas pekerja sibuk, dibuka seawal subuh.

    Tawanda Mutyakureva, 26 tahun, tiba sekitar jam lima pagi di stesen kerjanya, yang hanya berukuran dua meter persegi, di mana dia perlu membongkok untuk mengadun doh di atas meja setinggi paras lutut.

    Setiap hari, dia menghasilkan kira-kira 200 biji skon dalam sebuah bilik yang panas berdindingkan bata, dengan hanya diterangi oleh dua biji mentol yang tergantung dari dawai.

    Sambil memegang pemotong biskut, dia bekerja seperti lipas kudung untuk mengeluarkan satu kelompok demi kelompok skon, dengan setiap skon dijual pada harga AS$0.25.

    Di dalam persekitaran yang panas dan lembap dengan bau ragi yang kuat, isterinya – dengan anak damit mereka diikat di belakang – membantunya dengan menyapu mentega pada pastri dan membersihkan pinggan.

    Penjual kedai datang untuk membeli 10 atau 20 biji skon yang akan dijual semula di kedai runcit kecil.

    Memory Mutero, 46 tahun, berada di kedai roti itu untuk membeli roti, kerana dia membuat skon sendiri di rumah.

    “Saya membuat skon untuk ketiga-tiga anak saya.Ianya meng-ambil masa kira-kira 45 minit,” katanya kepada AFP.

    Ramuan yang digunakannya sangat mudah: tepung, garam, ragi, gula, mentega dan susu.

    Namun di Bottom Drawer, sebuah bilik minum teh yang mewah di Harare, cef Veronica Makonese kurang yakin selepas mencuba skon yang dibawa balik dari bandar.

    “Tidak ada susu dalam skon itu, mereka menggunakan air!” dakwa wanita berusia 46 tahun itu.

    Dengan kain tudung putih di kepalanya, Makonese berkata bahawa dia membuat sendiri susu mentega untuk skonnya, untuk mengawal suhu dan tahap keasidan, dan hanya menggunakan mentega asli untuk memastikan rasa dan kelembutan yang asli.

    Bosnya, Sarah Macmillan, seorang wanita Zimbabwe berusia 53 tahun, berkata bahawa dia merindui skon yang pernah dimakannya semasa kecil.

    Pada masa itu, dua kedai di pusat Harare, yang kini sudah ditutup, bersaing untuk mendapatkan anugerah skon terbaik di negara ini, dan Macmillan ingin bilik minum tehnya membuat skon yang ‘sama baiknya’.

    Macmillan berkata rahsia kejayaan kek kecil yang lama bertahan ini, di sebuah negara yang bergelut dengan kemiskinan endemik, adalah mudah: “Ia sangat mengenyangkan dengan harga berpatutan.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...