Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Skuad karate Malaysia sasar juara keseluruhan

    HANOI, 17 MEI – Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) yakin kem karate Malaysia mampu kekalkan status selaku juara keseluruhan di Sukan SEA ke-31 kali ini, apabila gelanggang sukan tempur itu membuka tirai di Gimnasium Ninh Binh, esok.

    Setiausaha Agung Makaf, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata skuad Malaysia telah memulakan persiapan dengan lebih awal untuk menghadapi temasya kali ini, dengan sasaran merangkul sekurang-kurangnya tiga daripada 15 pingat emas yang dipertandingkan.

    Enam acara iaitu kata individu lelaki dan wanita, serta acara kumite kategori bawah 55kg dan bawah 61kg wanita, selain bawah 60kg dan bawah 67kg lelaki akan dipertandingkan esok di Ninh Binh, lebih kurang 90km dari Hanoi.

    Sementara itu, pengurus pasukan Mohd Razlan Shah Mohamad Rabii berkata antara prospek emas kali ini adalah S. Prem Kumar (bawah 60kg), R. Sharmendran (bawah 75kg) dan acara berpasukan kumite lelaki.

    Beliau yakin sekiranya Malaysia mampu merangkul sekurang-kurangnya empat emas, status juara keseluruhan mampu dikekalkan, namun bergantung kepada pungutan pingat negara lain. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...