Friday, May 3, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Skuad wanita Indonesia, lelaki Malaysia rangkul BATC 2o22

    SHAH ALAM, 20 FEB – Indonesia mencipta satu lagi pencapaian membanggakan dalam arena badminton republik itu, apabila pasukan wanitanya ditabalkan juara Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 selepas menewaskan Korea Selatan 3-1, hari ini.

    Ini adalah kejuaraan pertama Indonesia sejak kejohanan itu bermula pada 2016, manakala Korea Selatan yang mengulangi pencapaian mereka pada edisi 2020, terpaksa berpuas hati dengan kedudukan naib johan.

    Indonesia bermula cemerlang apabila Juara Remaja Dunia 2017, Gregoria Mariska Tunjung mempamerkan aksi bertaraf ‘A’ untuk menundukkan Sim Yujin 21-9, 21-10 hanya dalam 26 minit.

    Bagaimanapun, Korea Selatan tidak berputus dan mengikat mata 1-1 menerusi beregu utama mereka, Baek Ha Na-Seong Seung Yeong.

    Beregu ke-14 dunia itu berjaya memenangi perlawanan dengan rubber set yang berlangsung selama satu jam lima minit, menentang Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi, 21-15, 14-21, 21-14.

    Gregoria Mariska Tunjung mempamerkan aksi bertaraf tinggi untuk menundukkan Sim Yujin 21-9, 21-10 hanya dalam 26 minit. – Agensi

    Dalam perlawanan ketiga, Indonesia kembali mendahului selepas Putri Kusuma Wardani mengatasi Lee Se Yeon 21-10, 21-18.

    Selepas pertembungan sengit dalam set pertama, Nita Violina Marwah-Lanny Tria Mayasari menundukkan Kim Min Ji-Park Min Jeong dalam set seterusnya, sekali gus menjamin piala BATC 2022 menjadi milik Indonesia.

    Nita-Lanny mencatatkan mata kemenangan untuk Indonesia selepas menewaskan Min Ji-Min Jeong, 23-21, 21-11.

    Sementara itu, pasukan lelaki kebangsaan Malaysia mencipta sejarah selepas berjaya menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia buat pertama kalinya dengan menewaskan juara bertahan Indonesia 3-0, hari ini.

    Apa yang lebih menarik lagi, skuad utama Malaysia yang mengambil kesempatan ke atas pasukan kedua Indonesia, menggagalkan harapan musuh tradisi itu untuk memenangi kejohanan itu buat kali keempat berturut-turut, sejak kejohanan itu bermula pada 2016.

    Bagaimanapun juara All England, Lee Zii Jia bermula agak perlahan dan terpaksa berhempas pulas bagi mengelakkan Chico Aura Dwi Wardoyo dari memenangi set pembukaan 21-14.

    Bagaimanapun bangkit dengan sokongan penuh daripada 200 penyokong tempatan di Pusat Konvesyen Setia City di sini, Zii Jia meningkatkan permainan dan serangannya, yang menyaksikan pemain nombor tujuh dunia itu berjaya mendahului pemain berusia 23 tahun dari Indonesia itu 16-6, sebelum menang set kedua dengan 21-12.

    Set ketiga memperlihatkan keupayaan sebenar Zii Jia, dan berjaya mengalahkan Chico 21-10 dan memberikan Malaysia mata pertama. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...