Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Smithsonian rai 120 saintis wanita cemerlang

    WASHINGTON, 13 FEB – Smithsonian akan meraikan Bulan Sejarah Wanita pada Mac dengan mempamerkan 120 patung warna jingga neon sebesar saiz sebenar yang menggambarkan wanita yang telah mencatat kecemerlangan dalam bidang sains dan teknologi.

    Patung cetakan 3D itu akan dipamerkan di Taman Smithsonian dan di muzium terpilih dalam rangkaian Smithsonian bermula dari 5-27 Mac. Satu kenyataan yang mengumumkan pameran itu menggelarnya ‘koleksi terbesar patung wanita yang pernah dikumpulkan.’

    Patung akan menggambarkan wanita yang telah mencatat kecemerlangan dalam bidang STEM: sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. Mereka termasuk Jessica Esquivel, seorang daripada 150 wanita kulit hitam dengan PhD dalam fizik di negara itu, Karina Popovich, pelajar kolej yang menghasilkan 82,000 PPE cetakan 3D untuk pekerja kesihatan pada awal pandemik. Setiap patung akan memaparkan kod QR yang menghubungkannya kepada kisah peribadi wanita digambarkan. Patung telah dipamerkan di Dallas, dan segelintirnya berada di Zoo Central Park di New York.

    Ellen Stofan, setiausaha Smithsonian untuk sains dan penyelidikan, berkata dalam kenyataan bahawa pameran itu ‘memberikan peluang terbaik untuk kami menunjukkan bahawa wanita telah berkembang maju dalam STEM selama beberapa dekad, sementara juga menunjukkan pelbagai model peranan yang dipegang oleh wanita muda dalam setiap bidang. Wanita berkenaan sedang mengubah dunia dan memberikan inspirasi kepada generasi yang akan mengikut jejak langkah mereka.” – AP

    Gambar serahan IF/THEN Collection menunjukkan sebahagian daripada pameran patung saintis wanita berkenaan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...