Sunday, April 28, 2024
25.7 C
Brunei

    -

    Somalia guna wang kertas baharu

    MOGADISHU, 26 JAN – Somalia merancang memperkenalkan wang kertas baharu pada pertengahan 2024 untuk mengatasi wang palsu, mengurangkan lebihan tunai dalam edaran dan menangani inflasi.

    Timbalan Gabenor Bank Pusat Somalia , Ali Yasin Wardhere dalam temu bual dengan Xinhua di Mogadishu baru-baru ini berkata wang kertas baharu itu adalah dalam denominasi 1,000, 2,000, 5,000 dan sehingga 10,000 syiling.

    “Proses itu bermula pada 2018 dengan sokongan Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia. Rakan kongsi membantu menyediakan kemudahan dan melatih kakitangan untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam mengendalikan sebarang ancaman haram seperti pemalsuan,” kata Wardhere.

    Beliau berkata pada masa ini mata wang denominasi tertinggi di negara itu ialah 1,000 syiling yang telah haus dan lusuh dan terdedah kepada pemalsuan.

    Wang kertas lama akan dihentikan penggunaanya sebelum memperkenal mata wang baharu itu ke pasaran sama ada pada Jun atau Julai 2024, katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...