Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Sonia Gandhi disiasat kes pengubahan wang haram

    NEW DELHI, 21 JUN – Para penyiasat India menyoal siasat presiden parti Kongres India, Sonia Gandhi, hari ini, berhubung kes pengubahan wang haram.

    Wanita berusia 75 tahun itu amat berpengaruh dalam parti yang pernah didominasinya dahulu sejak pembunuhan suaminya pada 1991, bekas perdana menteri Rajiv Gandhi, dan pewaris dinasti politik sejak kemerdekaan negara itu dari Britain.

    Pihak berkuasa menyiasat aduan berdekad lamanya yang difailkan oleh ahli perundangan daripada Parti Bharatiya Janata (BJP), yang menuduh keluarganya menyalahgunakan dana Kongres untuk membeli perniagaan akhbar dan membeli portfolio kemudahan berharga tinggi untuk kegunaan sendiri.

    Keluarga Gandhi menafikan pertuduhan itu dan Kongres telah menuduh parti Perdana Menteri Narendra Modi menyalahgunakan kuasanya.

    “Agensi-agensi keinstitusian negara kita tidak boleh menjadi alat dalam politik perseteruan BJP. Penyalahgunaan (Direktorat Penguatkuasaan) untuk menyerang pihak pembangkang perlu dihentikan,” kata Kongres itu dalam Twitter hari ini.

    Gandhi sebelumnya telah dipanggil bulan lalu oleh Direktorat Penguatkuasaan yang menyiasat jenayah kewangan di India, namun urusan soal siasatnya telah ditangguhkan selepas dia dimasukkan ke hospital akibat jangkitan koronavirus. – AFP

    Sonia Gandhi (kanan) ditemani anaknya, Priyanka Gandhi di New Delhi pada 21 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...