Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    SOP bawa masuk pekerja Bangladesh diperjelaskan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MEI – Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Negara Brunei Darussalam hari ini mengadakan sesi taklimat mengenai Pendirian Dasar Migrasi Bangladesh daripada Perspektif Brunei yang berlangsung di suruhanjaya itu di Jalan Sungai Akar.

    Taklimat disampaikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nahida Rahman Shumona yang menekankan bahawa suruhanjaya itu sedang berusaha memastikan kebajikan warga Bangladesh dijaga di negara ini.

    Beliau menasihatkan agar warga Bangladesh di negara ini tidak melanggar undang-undang buruh yang dikuatkuasakan, menegaskan mana-mana entiti membawa masuk warga Bangladesh ke negara ini, mereka perlu bertanggungjawab ke atas warga Bangladesh dan menghormati hak asasi manusia.

    Taklimat oleh Kaunselor (Buruh) Suruhanjaya Tinggi Bangladesh, Jelal Hossain pula menggariskan prosedur operasi standard (SOP) membawa masuk sumber tenaga manusia dari Bangladesh.

    SOP itu memerlukan agensi pekerjaan dan majikan mematuhi satu set terma dan syarat.

    PYT Nahida Rahman Shumona semasa menyampaikan taklimat pada sesi berkenaan.

    SOP itu menekankan bahawa tiada majikan di Brunei boleh mendapatkan pekerja dari Bangladesh tanpa melalui agensi pekerjaan berdaftar dengan suruhanjaya tersebut.

    Ia juga melarang majikan menggunakan pekerja mereka yang sedia ada sebagai orang tengah tenaga kerja dan peniaga visa.

    Ketika menyentuh mengenai kos tinggi membawa masuk pekerja Bangladesh ke negara ini, Jelal Hossain menjelaskan ini kerana syarikat-syarikat perlu menanggung perbelanjaan visa dan tiket penerbangan serta bertanggungjawab sepenuhnya ke atas mereka sehingga mereka pulang ke tanah air yang dikendalikan kedua-dua belah pihak.

    Pada sesi taklimat disertai 45 agensi pekerjaan berdaftar di Brunei itu, beliau menegaskan SOP itu dirancang dilaksanakan secepat mungkin dengan suruhanjaya akan menyediakan perjanjian kontrak kepada agensi pekerjaan yang berminat.

    Menurut statistik Suruhanjaya Tinggi Bangladesh, seramai 20,000 pekerja warganegara Bangladesh berada di Negara Brunei Darussalam bekerja sebagai buruh, tukang masak, tukang jahit, dan sebagainya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...