Wednesday, May 8, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Southgate kecewa Maguire dicemuh

    LONDON, 30 MAC – Pengurus pasukan kebangsaan England, Gareth Southgate menyifatkan cemuhan di Wembley yang ditujukan ke atas pemain pertahanan Harry Maguire sebagai ‘satu bencana’ selepas pasukannya berjaya mencatat kemenangan 3-0 ke atas Ivory Coast dalam perlawanan persahabatan kelmarin.

    Beberapa bahagian peminat mencemuh pemain pertahanan Manchester United itu ketika dia membuat penampilan pertama tahun ini, beberapa hari selepas reaksi serupa apabila namanya diumumkan sebagai pemain gantian untuk perlawanan menentang Switzerland.

    Maguire mengharungi tempoh sukar bersama United yang bergelut tetapi Southgate berang dan menyifatkan persembahan pemain pertengahan tengah itu sebagai ‘agak baik’, dan berkata pemain itu mendapat layanan buruk oleh sebilangan peminat.

    “Saya merasakan sambutan yang diberikan merupakan satu bencana,” dia memberitahu Sky Sport. “Apa yang dia lakukan untuk pasukan, cara dia beraksi untuk England sangat luar biasa. Saya tidak memahami mengapa.

    “Kami sama ada bersatu atau tidak dan dia berada dalam skuad England dan bukan hanya awda perlu menyokong seorang pemain dalam pasukan England, tetapi apabila dia bermain untuk kami dia memberikan persembahan yang baik, sokongan penuh sepatutnya diberikan kepadanya.” – AFP

    Reaksi Yoshimar Yotun meraikan gol selepas membantu Peru layak ke pusingan playoff Piala Dunia setelah berjaya menewaskan Paraguay 2-0, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...