Sunday, May 19, 2024
33 C
Brunei

    -

    S’pura cadang undang-undang baharu tangani kandungan bahaya online

    SINGAPURA, 3 OKT – Laman media sosial boleh disekat atau didenda di Singapura jika ia gagal menghalang pengguna mengakses ‘kandungan berbahaya’ di bawah undang-undang baharu yang dicadangkan di parlimen hari ini.

    Di bawah rang undang-undang itu, pengawal atur boleh mengarahkan platform media sosial untuk menyekat ‘kandungan bohong’ termasuk pos-pos yang menyokong keganasan dan pengganasan atau menggambarkan eksploitasi seksual kanak-kanak.

    “Kandungan yang membawa kepada risiko kesihatan awam atau kemungkinan menjadi punca ketidakharmonian bangsa dan agama di Singapura juga termasuk,” kata Kementerian Komunikasi dan Penerangan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

    “Meskipun beberapa perkhidmatan online sudah pun berusaha untuk menangani kandungan bahaya, kewujudan kandungan bahaya online masih lagi satu kebimbangan, memandangkan penembusan digital yang tinggi dan penggunaan perkhidmatan online meluas dalam kalangan rakyat Singapura, termasuk kanak-kanak,” kata kementerian itu.

    Pengawal atur juga boleh meng-arahkan platform terbabit untuk menyekat akaun khas daripada diakses oleh pengguna di Singapura, namun arahan itu tidak tertakluk kepada komunikasi persendirian. Jika diluluskan, ia akan memberikan pihak berkuasa satu lagi alat
    untuk mengawal kandungan online. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...