Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Sri Lanka minta bantuan Saudi atasi krisis ekonomi

    NEW DELHI, 18 SEPT – Perdana Menteri Sri Lanka Dinesh Gunawardena meminta bantuan Arab Saudi untuk mengatasi krisis kewangan negaranya.

    Gunawardena dalam pertemuan dengan duta baharu Saudi Khalid Bin Hamoud Nasser Aldasam Alkahtani pada Sabtu, menerima jaminan Saudi untuk menambah jumlah pekerja Sri Lanka di negara Teluk itu kepada 400,000 berbanding 180,000 pada masa ini, menurut kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri.

    “Saya suka Sri Lanka dan akan melakukan yang terbaik untuk membantu negara awda,” menurut kenyataan itu memetik Alkahtani.

    Perdana Menteri Sri Lanka meminta Saudi melabur dalam sektor tenaga, perikanan dan pertanian serta membincangkan penyambungan semula penerbangan oleh Saudi Arabian Airlines.

    Bergelut dengan krisis ekonomi dan kekurangan bahan api, makanan dan ubat-ubatan, negara dengan 22 juta orang penduduk itu sedang menghubungi banyak negara untuk pelaburan dan dana. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...