Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Suami meninggal dunia ratapi kematian isteri

    WASHINGTON, 27 MEI – Suami kepada salah seorang guru yang terbunuh semasa melindungi pelajarnya dalam kejadian tembakan di sebuah sekolah rendah di Texas, Amerika Syarikat (AS) telah meninggal dunia akibat serangan jantung, semalam.

    Laman GoFundMe yang ditubuhkan oleh Debra Austin, yang berkata dia adalah sepupu guru Irma Garcia, berkata suami Irma, Joe Garcia rebah dan menghembuskan nafas terakhir ketika membuat persiapan untuk majlis pengebumian isterinya.

    Ernie Zuniga, pembaca berita untuk stesen tempatan KABB FOX San Antonio, berkata Garcia telah meninggal dunia kerana diselubungi kesedihan yang melampau.

    Joe melayari bahtera perkahwinan selama 24 tahun bersama Irma selepas mereka menjadi pasangan kekasih sejak di bangku sekolah menengah. Pasangan itu meninggalkan orang empat anak.

    Irma, 46, adalah seorang daripada dua guru terkorban bersama 19 kanak-kanak dalam tragedi tembakan di Sekolah Rendah Robb, Uvalde, Texas. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...