Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Sukan SEA ke-31 Vietnam labuhkan tirai

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MEI – Persaingan pelbagai sukan yang berlangsung selama dua minggu di rantau ini berakhir selepas majlis penutup Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-31 di Istana Olahraga Tertutup di Hanoi, Vietnam hari ini.

    Acara tersebut dimulakan dengan persembahan muzik oleh empat orang artis tempatan yang mempamerkan beca ikonik negara, salah satu pengangkutan darat yang digunakan terutamanya di jalan-jalan sibuk di Hanoi.

    Majlis diteruskan dengan para anggota beruniform membawa bendera negara-negara peserta ke dalam stadium bermula dengan Negara Brunei Darussalam mengikut abjad.

    Acara itu juga menyaksikan empat atlet terbaik dari temasya itu disambut dengan anugerah sebagai mengiktiraf prestasi cemerlang mereka.

    Mengikut tradisi, peralihan penyerahan hak penganjuran bermula dengan menurunkan bendera Sukan SEA dan seterusnya melipat bendera.

    Hak penganjuran Sukan SEA seterusnya diserahkan kepada Kemboja, yang akan menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-32.

    Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada penganjur acara seterusnya terdiri daripada para wanita yang dihiasi dengan pakaian tradisional melambangkan warisan kebanggaan negara.

    Vietnam mengungguli carta pingat dengan 205 pingat emas, 125 perak dan 116 gangsa dalam Sukan SEA kali ini. Sukan SEA edisi seterusnya dijadualkan berlangsung dari 5 hingga 17 Mei tahun depan.

    Sukan SEA ke-31, Vietnam melabuhkan tirainya secara rasmi semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...