Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Suzuki umum keluar dari MotoGP

    PARIS, 14 JULAI – Suzuki mengumumkan kelmarin bahawa mereka telah mencapai persetujuan dengan penganjur kejuaraan, Dorna untuk meninggalkan MotoGP pada penghujung musim ini iaitu empat tahun sebelum tamat kontrak mereka.

    Perjanjian semasa mereka dengan sukan itu bermula pada 2015 dan dijangka akan tamat pada 2026.

    Pada bulan Mei lalu, pengeluar Jepun itu berkata bahawa mereka mahu berhenti menyertai MotoGP atas sebab kewangan, yang turut dipetik oleh pasukan itu kelmarin.

    “Perlumbaan motosikal sentiasa menjadi tempat yang mencabar bagi inovasi teknologi, termasuk kemampanan, dan pembangunan sumber manusia,” kata wakil pengarah dan presiden Suzuki, Toshihiro Suzuki dalam satu kenyataan pasukan.

    Suzuki sebelum ini meninggalkan MotoGP pada penghujung 2011, sebelum kembali semula pada 2015.

    Sejak mereka kembali tujuh tahun lalu, mereka telah berjaya melakar pencapaian dengan memenangi gelaran pelumba pada 2020 apabila Joan Mir mendahului kedudukan dengan rakan sepasukan Alex Rins di tempat ketiga.

    Pada musim ini, Mir berada di tempat ketujuh dan rakan sepasukannya, Rins di tempat kelapan dalam kedudukan keseluruhan selepas 11 daripada 20 perlumbaan kempen. – AFP

    Aksi Joan Mir semasa perlumbaan MotoGP Grand Prix Aragon di Alcaniz, Sepanyol, pada 12 September 2021. – Xinhua
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...