Monday, November 4, 2024
30.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syamel, Ernie kongsi wajah anak

    Pasangan penyanyi popular, Syamel dan Ernie Zakri sepakat memilih tarikh 2 Syawal untuk memperkenalkan anak perempuan mereka, Nur Khawla Soleha yang lahir pada 22 Februari lalu.

    Perkongsian itu dibuat penyanyi duet lagu Aku Cinta itu menerusi akaun Instagram masing-masing.

    Menerusi hantaran yang dimuat naik, Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly berkongsi keterujaan meraikan Aidilfitri bersama puteri sulungnya itu.

    “Ini adalah raya pertama kami bersama. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dari daddy, ibu dan Khawla.

    “Terkejut Khawla kali pertama raya secara tiba-tiba,” tulis penyanyi bervokal mantap itu.

    Foto dimuat naik itu memaparkan keluarga bahagia ini mengenakan baju sedondon rona biru sambil memangku Nur Khawla.

    Sejak menjengah dunia, pasangan terbabit lebih selesa untuk tidak menunjukkan wajah cahaya mata sulung atas alasan masih belum bersedia.

    Malah, nama anak mereka yang diambil sempena nama serikandi Islam terkenal itu hanya diumumkan selepas anak berusia tujuh hari.

    Syamel dan Ernie diijabkabulkan di Masjid Puncak Alam, Selangor pada 22 Mac tahun lalu. – Agensi

    Syamel dan Ernie mengenakan baju sedondon sambil memangku Nur Khawla. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda