Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Syamsul ‘kunci mulut’

    Pengarah sensasi, Syamsul Yusof mengunci mulut berhubung keputusannya enggan menceraikan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah, hari ini.

    Meskipun diasak pertanyaan wartawan yang menunggu di luar kamar mahkamah, namun Syamsul tidak mengendahkan pertanyaan, sebaliknya terus menuju ke lif bersama peguamnya, Roshdan Sujak.

    Pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu dilihat menggelengkan kepala apabila ditanya alasan tidak menceraikan isteri pertamanya, selain dakwaan memukul Puteri Sarah, dua tahun lalu.

    Bagaimanapun, ketika beredar dari kamar mahkamah, Syamsul hanya menunjukkan isyarat tangan tanda aman dan Allah Yang Satu.

    Sementara itu, Roshdan ketika berhujah di mahkamah berkata, setakat ini, Syamsul tidak mahu menceraikan Puteri Sarah kerana menyifatkan masih ada sinar untuk memperbaiki hubungan perkahwinan.

    “Masih ada sinar untuk pasangan ini. Pihak kami tidak setuju pelantikan hakam untuk kes perceraian ini,” katanya.

    Terdahulu, Puteri Sarah dan Syamsul diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah, di sini, supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.

    Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.

    Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.

    Terdahulu, Puteri Sarah nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini. – Agensi

    Syamsul Yusof mengunci mulut berhubung keputusannya enggan menceraikan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...