Monday, May 20, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Tadarus Al-Quran semarak bulan Ramadan

    TUTONG, 18 MAC – Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya juga tidak ketinggalan menyemarakkan bulan Ramadan ini dengan majlis tadarus yang telah bermula pada 16 Mac lalu di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong. 
     
    Majlis pembukaan tadarus pada bulan Ramadan berkenaan telah dikelolakan oleh Jabatan Mufti Kerajaan dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Hassanal Bolkiah.
     
    Hadir selaku ketua rombongan pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri di JPM (Urus Tadbir Perkhidmatan Awam), Dato Seri Paduka Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos. 
     
    Turut hadir ialah setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap, penolong-penolong mufti, pegawai-pegawai kanan, pegawai serta kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya. Antara jemputan yang hadir ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri.
     
    Majlis didahului dengan penyampaian sumbangan wakaf barang keperluan masjid berupa satu unit mesin basuh, satu unit dry & wet vacuum cleaner, satu unit 30m garden hose dan 60 unit kerusi oleh Dato Seri Paduka Awang Mohd Riza kepada Imam Tingkat I, Awang Mohammad Waiz bin Tajuddin.
     
    Majlis keagamaan pada bulan Ramadan seumpamanya adalah salah satu daripada aktiviti tahunan JPM bagi mengeratkan silaturahim antara pegawai dan kakitangan serta jemaah masjid dan penduduk kampung, di samping bagi sama-sama menghidupkan dan menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang mulia ini, serta merebut ganjaran pahala dan keberkatan yang dijanjikan Allah SWT.
     
    Dato Seri Paduka Awang Mohd Riza semasa hadir ke majlis itu. – GAMBAR SERAHAN JABATAN MUFTI KERAJAAN
    Dato Seri Paduka Awang Mohd Riza menyampaikan sumbangan wakaf kepada Awang Mohammad Waiz semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JABATAN MUFTI KERAJAAN
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...