Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Ta’dil As-Suluk salur maklumat jenayah syariah

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan KHEU

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JULAI – Untuk memberi kesedaran dan maklumat mengenai kesalahan-kesalahan di bawah Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013, Unit Perundangan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah mengadakan Program Ta’dil As-Suluk di Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Katok, hari ini.

    Program berkenaan yang sebelum ini dijalankan secara dalam talian kini diteruskan semula secara bersemuka melibatkan pelajar-pelajar Sanah 9 dari sekolah berkenaan.

    Program mengongsikan mengenai hak-hak perlindungan diri bagi mangsa penderaan dan jenayah seksual dalam isu berkaitan keganasan rumah tangga di bawah bab Dharar Syarie Akta Undang-undang Keluarga Islam, Penggal 217.

    Taklimat Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013, mengenai langkah-langkah menangani gejala sosial dan bab Dharar Syar‘ie di bawah Akta Undang-undang Keluarga Islam, Penggal 217 telah disampaikan oleh Pegawai Perundangan Syariah Tingkat Khas dari Unit Perundangan Islam, Dayang Mahani binti Haji Suhaili dan Pegawai Ugama dari Bahagian Penguatkuasaan Ugama, Dayangku Norleilawati binti Pengiran Salleh.

    Turut mengongsikan matlamat program dan tazkirah ringkas ialah Pegawai Pelajaran Ugama dari Bahagian Sekolah-sekolah Arab, Jabatan Pengajian Islam, Awang Zamery bin Haji Nayan.

    Gambar ramai pelajar Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Katok dan para pegawai, guru yang menyertai Program Ta’dil As-Suluk, kelmarin.
    Salah seorang pegawai yang menyampaikan taklimat mengenai kesalahan-kesalahan di bawah Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...