Friday, May 3, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    Tahlil di Kubah Makam Diraja ingati penukaran nama BSB

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OKT – Sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei kepada Bandar Seri Begawan (BSB) ke-52 bagi 2022, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja, hari ini.

    Majlis dikhususkan bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.

    Majlis dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri
    Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

    Turut hadir ialah setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap di
    KHEDN, ketua-ketua jabatan, pegawai kanan, pegawai dan kakitangan KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya serta para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung dalam kawasan BSB.

    Bacaan Surah Yasin dan tahlil dipimpin oleh Imam Tingkat 1, Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun, Awang Muhd Arif bin Haji Johari.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bersama warga KHEDN yang hadir pada majlis tahlil di Kubah Makam Diraja, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...