Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Tahlil sempena Sambutan Hari Kajicuaca Sedunia

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MAC – Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD) hari ini mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil secara maya sempena Sambutan Hari Kaji cuaca Sedunia 2022.

    Majlis didahului dengan bacaan Surah Yasin, Tahlil beramai-ramai diikuti dengan bacaan Doa Selamat dan Doa Dihindari Daripada Wabak Penyakit Covid.

    Hadir secara maya pada majlis itu ialah Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof.

    Selaku ahli kepada Pertubuhan Kajicuaca Sedunia (WMO), Negara Brunei Darussalam mengadakan majlis ini untuk turut sama memperingati 23 Mac iaitu tarikh tertubuhnya badan saintifik dunia ini yang berada di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1950.

    Di samping itu, hari bersejarah ini juga diraikan bagi menghargai sumbangan-sumbangan penting yang diberikan oleh perkhidmatan-perkhidmatan kaji cuaca dan hidrologi kebangsaan di seluruh dunia dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

    Pada tahun ini tema sambutan ialah ‘Amaran Awal dan Tindakan Awal’.

    Turut hadir secara maya di majlis itu, setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap (infokomunikasi), pemangku timbalan setiausaha tetap (pengangkutan), pengarah jabatan kaji cuaca Brunei Darussalam selaku pengerusi majlis, ketua-ketua eksekutif, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...