Monday, March 27, 2023
28.8 C
Brunei

-

Tambang ECRL tidak membebankan pengguna – Wee

KUALA LUMPUR, 6 MEI – Kerajaan memberi jaminan kadar tambang perkhidmatan pengangkutan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang akan ditetapkan kelak tidak akan membebankan pengguna.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata dakwaan Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail bahawa tambang ECRL se-hingga enam kali ganda lebih tinggi berbanding harga tiket penerbangan adalah bersifat spekulatif dan tidak berasas.

Beliau berkata perbincangan berhubung perkara itu masih berjalan di peringkat kerajaan bagi menetapkan kadar tambang penumpang ECRL untuk setara berbanding kadar tambang yang dikenakan oleh perkhidmatan tren elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Pantai Barat Semenanjung. 

“Sepertimana yang diketahui, kadar tambang ETS adalah amat berpatutan dan lebih rendah berbanding kadar tiket pesawat bagi laluan dan destinasi di Pantai Barat Semenanjung.

Penetapan kadar tambang ECRL adalah berdasarkan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD). – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -