Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    TAP adakan majlis tahlil di Kubah Makam Diraja

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 APRIL – Tabung Amanah Pekerja (TAP) telah mengadakan Majlis Tahlil dan Membaca Surah Yasin khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit serta Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim di Kubah Makam Diraja, hari ini.

    Hadir ke majlis tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku pengerusi Lembaga TAP.

    Turut hadir ialah ahli-ahli Lembaga TAP, jawatankuasa audit, jawatankuasa polisi sumber tenaga manusia, jawatankuasa pengurusan risiko dan pegawai serta kakitangan TAP.

    Majlis didahului dengan bacaan Surah Yasin diikuti bacaan tahlil beramai-ramai yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Kampung Belimbing Subok, Pengiran Mohammad Akhbar @ Pengiran Mohd Idrus bin Pengiran Haji Mohd Sabri.

    Acara itu merupakan salah satu kegiatan keagamaan yang diungkayahkan oleh TAP sempena bulan Ramadan.

    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan bersama warga TAP yang menghadiri majlis tahlil di Kubah Makam Diraja, kelmarin. – Gambar serahan TAP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...