Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Warga Kementerian Kesihatan bertahlil di kubah

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 APRIL – Kementerian Kesihatan dan jabatan-jabatan di bawahnya, hari ini, telah mengadakan majlis membaca Surah Yasin dan tahlil khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.

    Mengetuai rombongan ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar.

    Majlis diisikan dengan bacaan Surah Yasin yang diikuti dengan bacaan tahlil beramai-ramai dan seterusnya doa yang dipimpin oleh Ketua Unit Perkhidmatan Ugama Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Haji Nor Asilin bin Haji Puting.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin; Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Pengiran Dr Haji Mohd Khalifah bin Pengiran Haji Ismail, pengarah-pengarah, berserta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa majlis membaca Surah Yasin dan tahlil di Kubah Makam Diraja, kelmarin. – Gambar oleh Azlan Othman
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...