Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Tarian singa di Aquaria menjelang Tahun Baharu Cina

    KUALA LUMPUR, 21 JAN – Dengan ikan dan penyu berenang-renang di samping mereka, penyelam mempersembahkan satu tarian singa dalam air di akuarium Malaysia hari ini, satu cara baharu mempersembahkan tarian tradisional Tahun Baharu Cina (TBC).

    Dua orang penyelam memakai sut singa berwarna terang mengadakan persembahan dalam sebuah tangki air di Aquaria, Kuala Lumpur ketika ahli muzik memainkan muzik dan dram di bahagian luarnya.

    Penyu dan ikan berenang melintasi kedua-duanya ketika ia mengadakan persembahan di hadapan susunan batu. “Tarian singa dalam air adalah sesuatu yang unik…di sini dalam akuarium,” pengarah eksekutif Aquaria, Dary Foong memberitahu wartawan.

    Memikul tugasan agak sukar itu, penyelam terlebih dahulu mendapat latihan khas dan menggunakan sut yang cukup berwarna dan bercahaya bagi melaksanakan persembahan semasa dalam air, tambahnya. – AFP

    Penyelam memakai kostum tarian singa mengadakan persembahan di Aquaria, KLCC. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...