Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Taylor Swift dan Matty Healy berpisah setelah sebulan

    Hubungan cinta antara penyanyi Taylor Swift dan vokalis kumpulan The 1975 iaitu Matty Healy hanya bertahan selama sebulan apabila pasangan berkenaan memilih untuk membawa haluan masing-masing.

    People melaporkan keputusan itu diambil kerana tiada perasaan cinta wujud antara mereka selain hubungan yang terjalin sebelum ini tidak serius seperti disangka.

    “Taylor senang bersama dia tetapi hubungan mereka tidak serius, tidak wujud perasaan romantik di antara mereka,” kata sumber.

    Hubungan Taylor dan Matty mula dihidu peminat pada Mei lalu apabila penyanyi lagu Blank Space itu secara terbuka memberitahu dia kini sedang berada di puncak kebahagiaan ketika mengadakan konsert jelajah di Massachusetts, Amerika Syarikat.

    Taylor berkata, dia tidak pernah merasa sebahagia ini daripada segala aspek kehidupanya selama ini.

    Bagaimanapun, peminat Taylor tidak berpuas hati penyanyi kesayangan mereka memilih Matty sebagai teman lelaki kerana penyanyi itu dikatakan bermasalah.

    Sebelum ini, Matty pernah mendedahkan menonton video lucah yang merendah-rendahkan kaum wanita khususnya berkulit hitam sambil melakukan onani.

    Dia juga melakukan aksi tak senonoh dengan menghalakan kemaluannya ke arah jurukamera selain gemar meludah ke arah penonton.

    Terbaharu, Matty bertindak mencium pengawal lelaki yang bertugas di konsertnya. – Agensi

    Hubungan Taylor dan Matty hanya bertahan selama sebulan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...