Wednesday, May 8, 2024
30.5 C
Brunei

    -

    Tazkirah subuh meriahkan Riadah Berbasikal

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Sempena Riadah Berbasikal Keputeraan 2022, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah mengadakan Program Tazkirah Subuh yang berlangsung di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, pagi tadi.

    Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Program dimulakan dengan sembahyang Fardu Subuh berjemaah dan diikuti dengan tazkirah subuh bertajuk ‘Peranan Belia sebagai Pemangkin Negara Zikir Melayu Islam Beraja’ yang disampaikan oleh Dekan Pelajar Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr Haji Mohammad Sharol Azmi bin Haji Abdul Muluk.

    Tazkirah menyentuh mengenai peranan belia yang diambil dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-34, bahawa negara sememangnya memerlukan generasi muda untuk berani tampil menerajui pembangunan.

    Dr Haji Mohammad Sharol Azmi turut menyentuh mengenai wawasan Belia iaitu belia berakhlak mulia bertaraf dunia dan agen siaga perubahan masa hadapan dalam semua pembangunan negara secara inklusif.

    Beliau juga menyentuh mengenai Negara Zikir seperti yang ditekankan dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia sempena Hari Raya Aidiladha pada 25 Oktober 2012.

    “Khusus dalam perkara bernegara termasuk berbandar, kita dituntut supaya sentiasa memelihara kesucian negara atau bandar kita daripada segala macam bentuk kemungkaran,” ujarnya.

    Menteri-menteri kabinet ketika hadir pada program tazkirah subuh yang berlangsung di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...