Monday, May 20, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Didakwa rogol jiran berusia 11 tahun

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun dihadapkan ke Mahkamah Tinggi, di sini, kelmarin dan menafikan tiga pertuduhan melakukan rogol terhadap jirannya, seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.

    Pertuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Rozaimah Abdul Rahman mendakwa, lelaki itu merogol kanak-kanak itu di sebuah rumah pada Disember 2021, serta Jun dan September tahun ini.

    Setelah defendan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu, Pesuruhjaya Kehakiman Haji Abdullah Soefri bin POKSM DSP Haji Abidin menangguhkan kes sehingga 5 November ini bagi tarikh perbicaraan ditetapkan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...