Wednesday, May 8, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    TDDB terima kunjungan muhibah

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Kem. Pertahanan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JULAI – Sebagai sebahagian daripada lawatan pengenalan tiga hari ke Negara Brunei Darussalam bermula dari 19 hingga hari ini, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menerima kunjungan daripada Panglima Tentera Darat, Angkatan Tentera Republik Singapura, Mejar Jeneral David Neo Chin Wee di Markas TDDB, Berakas Garison, hari ini.

    Sejurus tiba di Markas TDDB, Mejar Jeneral David Neo disambut oleh Pemerintah TDDB, Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif.

    Ini diikuti dengan pemeriksaan kawalan kehormatan yang terdiri daripada anggota Batalion Pertama TDDB.

    Beliau seterusnya mengadakan kunjungan muhibah kepada pemerintah TDDB. Sebagai sebahagian daripada program lawatan beliau, Mejar Jeneral David Neo berpeluang membuat kunjungan pengenalan kepada Timbalan Menteri Pertahanan, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abdul Kadir yang berlangsung di Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.

    Mejar Jeneral David Neo bersama isteri dan delegasi juga berkesempatan menghadiri Majlis Makan Malam yang dihoskan oleh pemerintah TDDB di Dewan An-Naura, Komplex Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.

    Turut hadir ialah timbalan pemerintah TDDB, pemerintah medan TDDB, ketua staf TDDB dan sarjan mejar Tentera Darat bersama para isteri jemputan. Mejar Jeneral David Neo telah dilantik menjadi panglima Tentera Darat, Angkatan Bersenjata Republik Singapura pada 10 Mac lalu. Lawatan pengenalan beliau menzahirkan hubungan pertahanan erat dan istimewa yang telah sekian lama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.

    Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal dan Mejar Jeneral David Neo Chin Wee merakamkan gambar bersama semasa kunjungan muhibah, kelmarin.
    Mejar Jeneral David Neo Chin Wee semasa menerima tabik kehormatan daripada anggota Batalion Pertama TDDB di Markas TDDB, Berakas Garison, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...