Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Terhidu bahan kimia, 201 penduduk dimasukkan ke hospital

    KANO, NIGERIA, 5 JUN – Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan Nigeria (NEMA) berkata, 201 penduduk Kuarters Sharada di Kano dimasukkan ke hospital selepas terhidu bahan kimia daripada silinder yang dirungkai oleh pekerja.

    Penyelaras Wilayah NEMA, Kano Nuradeen Abdullahi, memberitahu pemberita bahawa mangsa dikejarkan ke tiga hospital iaitu Hospital Pakar Murtala Muhammad, Hospital Perindustrian Sharada dan Hospital Ja’en, untuk rawatan segera.

    Agensi Anadolu melaporkan Abdullahi berkata gas bahan kimia itu terlepas ke udara dan membuatkan mereka yang terhidunya tidak sedarkan diri.

    Ketua Pengarah Perubatan Hospital Pakar Murtala Muhammad, Hussaini Muhammad berkata, hospital itu menerima seramai lebih 70 mangsa dan 65 daripadanya dalam keadaan stabil.

    “Tiga puluh lima mangsa menerima rawatan di Hospital Perindustrian Sharada dan 96 di Hospital Ja’en,” tambahnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...