Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Tersilap beri vaksin Moderna kepada budak, pihak berkuasa disaman

    RENNES, PERANCIS, 30 DIS – Ibu bapa kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di Perancis menyaman pihak berkuasa selepas anak perempuan mereka menerima vaksin Moderna COVID-19 yang hanya dibenarkan untuk orang dewasa atas kesan sampingan yang dikhuatiri, kata pegawai kelmarin.

    “Satu aduan telah difailkan oleh seorang bapa mengenai hal ini,” kenyataan daripada pendakwa, Cyril Lacombe kepada AFP, mengesahkan laporan itu di media tempatan.

    Perkhidmatan kesihatan serantau ARS berkata budak itu tersilap diberikan suntikan Moderna pada 22 Disember di pusat vaksinasi di Avranches, sebuah bandar di sepanjang pantai Channel.

    “Pakar kesihatan di pusat itu menyedari kesilapan itu serta-merta, dan doktor yang bertanggungjawab berunding dengan keluarga berkenaan,” kata ARS dalam satu kenyataan, sambil menyatakan bahawa ‘kanak-kanak itu sihat’.

    Perancis dan beberapa negara lain tidak membenarkan kanak-kanak menerima vaksin Moderna kerana berpotensi mendapat risiko ‘myocarditis’, atau radang otot jantung.

    Kesan sampingan yang jarang berlaku telah dikesan pada remaja dan dewasa, terutamanya lelaki, mendorong pegawai untuk menempah suntikan Pfizer/BioNTech untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun. – AFP

    Perancis dan beberapa buah negara lain tidak membenarkan kanak-kanak menerima suntikan vaksin Moderna kerana kesan sampingan yang mungkin berisiko seperti myocarditis atau radang otot pada jantung. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...