Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Teruja mula sesi akademik baharu

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 8 JAN – Seramai 100 pelajar memulakan sesi akademik baharu Tahun 7 di Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar (SM PJN PHAB), Kuala Belait yang bermula pada awal minggu lalu.

    Hari pertama persekolahan bermula dengan majlis pengenalan yang menyaksikan pelajar dan ibu bapa serta penjaga menghadiri taklimat yang dianjur oleh Unit Pentadbiran, Hal Ehwal Pelajar serta Unit Kaunseling dan Kerjaya mengenai peraturan dan gaya hidup di sekolah berkenaan. Bercakap kepada pengetua sekolah, Claxairi Lasit menjelaskan sekolah telah mengadakan persiapan awal untuk mengalu-alukan pelajar Tahun 7 pada Oktober dan November tahun lalu di mana mereka memuktamadkan pelbagai program dan aktiviti yang akan diadakan semasa kemasukan pelajar Tahun 7.

    Selain itu, usaha juga dilakukan oleh jawatankuasa kerja sekolah untuk memastikan pelajar berasa selesa apabila memulakan perjalanan akademik baharu mereka di sekolah itu.

    “Dalam mengalu-alukan pelajar baharu, kami mengadakan orientasi pada awal sesi persekolahan bermula 5 hingga 11 Januari, di mana pelajar akan diperkenalkan kepada persekitaran pembelajaran baharu mereka.”

    Selepas taklimat, pelajar dibawa mengunjungi kampus sekolah dipimpin oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Salah seorang pelajar kelas 7A, Dayang Nur Zahra binti Haji Mohammad Ghazali, bekas pelajar Sekolah Rendah Sungai Tali, Lumut, semasa ditemui media, mengongsikan perasaan terujanya untuk memulakan sesi akademik baharu di SM PJN PHAB.

    “Sementara saya berasa gementar untuk memulakan sesi persekolahan di sekolah baharu, saya juga tidak sabar-sabar untuk berjumpa kawan baharu dan belajar bersama mereka.
    Mengenai azam tahun baharu 2023, Dayang Nur Zahra berkata, “Saya ingin bekerja lebih keras demi mencapai matlamat saya untuk mendapat keputusan cemerlang yang akan membuatkan ibu bapa dan guru saya berasa bangga.”

    Sebahagian pelajar Tahun 7 menghadiri taklimatyang berlangsung di Dewan SM PJN PHAB, Kuala Belait baru-baru ini.
    Dayang Nur Zahra ketika ditemui media.

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...