Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Tesla buka kilang besar pertama di Eropah

    BERLIN, 23 MAC – Pengeluar kereta elektrik Tesla membuka kilang Eropah pertamanya kelmarin di pinggir Berlin dalam usaha untuk mencabar penghasil kereta Jerman di halaman rumah mereka.

    Syarikat itu berkata ‘Gigafactory’ baharunya akan menggaji 12,000 orang dan mengeluarkan 500,000 kenderaan setahun sebaik sahaja ia beroperasi sepenuhnya. Pengeluaran awal akan memberi tumpuan kepada kenderaan utiliti sport kompak Model Y Tesla.

    Canselor Jerman, Olaf Scholz menghadiri majlis perasmian di Guenheide, tenggara ibu negara Jerman, dengan bos Tesla, Elon Musk, melakukan tarian untuk peminat ketika kereta pertama dilancarkan keluar dari kilang untuk penghantaran.

    Dia kemudian menghantar komen di laman sosial Twitter berterima kasih kepada Jerman dengan perkataan “Danke Deutschland!” dikelilingi oleh bendera Jerman.

    Menteri Ekonomi Jerman, Robert Habeck berkata pembukaan kilang itu adalah ‘simbol bagus’ bahawa kereta berkuasa petrol boleh digantikan dengan kenderaan elektrik ketika Jerman dan negara Eropah lain cuba mengurangkan pelepasan gas rumah hijau mereka dan menghindari diri mereka daripada minyak Rusia.

    Tesla mula membina kemudahan yang luas itu kurang daripada tiga tahun lalu, sebelum ia menerima permit rasmi untuk berbuat demikian.

    Sekiranya permit tersebut tidak dikeluarkan, syarikat itu terpaksa meratakan tapak tersebut.

    “Itu budaya risiko syarikat yang berbeza,” kata Habeck, selepas diminta membandingkan pendekatan Tesla dengan kadar perlahan projek pembinaan Jerman seperti lapangan terbang baharu berhampiran Berlin, yang dibuka dengan kelewatan sembilan tahun. – AP

    Tesla membuka kilang Eropah pertamanya di pinggir Berlin kelmarin, dalam usaha untuk mencabar pembuat kereta Jerman di halaman rumah mereka. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...