Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Textron peroleh perintis pesawat elektrik Slovenia

    LJUBLJANA, SLOVENIA, 18 MAC – Konglomerat perindustrian Amerika Syarikat (AS), Textron Inc telah menandatangani perjanjian untuk memperoleh Pipistrel, pembuat pesawat ringan Slovenia dan perintis dalam penerbangan berkuasa elektrik, kedua-dua syarikat mengumumkan kelmarin.

    Pembuat pesawat Slovenia itu membuat kenyataan bahawa perkongsian itu akan menggabungkan kepakaran kedua-dua syarikat dan “mempercepatkan pembangunan dan pensijilan pesawat mampan Pipistrel.”

    Textron ialah memiliki jenama penerbangan Cessna, Beechcraft dan Bell. Nilai perjanjian itu belum didedahkan. Urus niaga itu dijangka ditutup pada suku kedua tahun ini sebaik sahaja semua kelulusan kawal selia dikeluarkan, kata Textron.

    Ketua Pegawai Eksekutif Pipistrel, Ivo Boscarol akan kekal sebagai pemilik minoriti, kata kedua-dua syarikat.

    Pipistrel berkata perjanjian itu akan memberikannya akses kepada sumber yang lebih besar, kepakaran teknikal dan kawal selia serta rangkaian jualan dan sokongan pesawat global yang akan mempercepatkan pembangunan dan pensijilan pesawat elektrik serta hibrid elektrik.

    Textron yang berpangkalan di Kansas telah komited untuk mengekalkan jenama, ibu pejabat, penyelidikan dan pembangunan serta pembuatan Pipistrel di Slovenia dan Itali, sambil membuat pelaburan tambahan dalam Pipistrel untuk pembangunan dan pengeluaran produk masa depan, kata pembuat pesawat Slovenia itu.

    Menurut agensi berita STA Slovenia, Boscarol berkata bahawa di bawah kepimpinannya, pembuat pesawat itu telah meletakkan dirinya untuk menawarkan “penerbangan yang berpatutan, mesra alam dan elektrik.” – AP

    Textron Inc telah menandatangani perjanjian untuk memperoleh Pipistrel, pembuat pesawat ringan Slovenia dan perintis dalam penerbangan berkuasa elektrik. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...