Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Thailand mansuh ujian ketibaan

    BANGKOK, 22 APRIL – Thailand hari ini mengumumkan berakhirnya ujian wajib COVID bagi pengembara lengkap divaksinasi, ketika negara itu meningkatkan usaha untuk mengembalikan industri pelancongan yang terjejas akibat pandemik.

    Sekatan sempadan yang ketat membantu negara itu untuk mengehadkan jangkitan dan kematian pada 2020 tetapi memberi kesan buruk terhadap sektor pelancongan – yang menjana kira-kira satu perlima daripada ekonomi negara.

    Pasukan petugas COVID Thailand berkata bermula 1 Mei, pengunjung yang lengkap divaksinasi tidak lagi perlu menjalani ujian semasa ketibaan dan menunggu di bilik hotel untuk keputusan.

    Jurucakap pasukan petugas, Taweesin Visanuyothin berkata pihak berkuasa kini hanya memerlukan pengunjung yang tiba untuk menunjukkan bukti vaksinasi dan liputan insurans kesihatan sekurang-kurangnya, AS$10,000.

    “Ini akan memacu momentum pemulihan ekonomi kerana negara sangat bergantung kepada pelancongan,” kata Perdana Menteri, Prayut Chan-O-Cha.

    Pengembara yang belum lengkap akan sama ada dimestikan menunjukkan keputusan ujian negatif dilakukan dalam masa 72 jam sebelum berlepas ke Thailand atau menjalani kuarantin selama lima hari di hotel dan membuat ujian. Awal bulan ini, Thailand membatalkan kemestian ujian COVID mandatori pra ketibaan.

    Hotel, kawasan peranginan dan pengendali lawatan sudah lama mendesak untuk peraturan kemasukan yang dilonggarkan dalam usaha untuk menarik lebih banyak pelancong luar.

    Negara itu berdepan pergelutan untuk bangkit daripada kemelut ekonomi terburuk sejak krisis kewangan Asian 1997. – AFP

    Gambar fail bertarikh 1 November 2021 menunjukkan kakitangan di lapangan terbang membantu penumpang melalui kawasan ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket. Thailand mengumumkan berakhirnya ujian wajib COVID bagi pengembara lengkap divaksinasi bermula 1 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...