Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pengantin ditahan bubuh marijuana dalam makanan

    MIAMI, 22 APRIL – Seorang pengantin dan katerer di Florida telah ditahan selepas didakwa mereka membubuh ganja dalam makanan yang disajikan pada majlis perkahwinannya pada Februari, lapor media tempatan semalam.

    Menurut dokumen mahkamah, pihak berkuasa tiba ke tempat perkahwinan Andrew Svoboda dan Danya Svoboda selepas beberapa tetamunya menghubungi perkhidmatan kecemasan memberitahu mereka berasa tidak sihat.

    Douglas Posrma, bapa saudara pengantin lelaki, memberitahu pekerja kecemasan dia mendapati jantungnya berdegup kencang dan mula mempunyai fikiran pelik selepas memakan salad Caesar, pasta dan roti.

    Keterangan yang sama juga diterima daripada tetamu lain pada majlis itu, yang diadakan di bandar Longwood, utara Orlando.

    Isteri Postma rasa lebih teruk dan dia terpaksa dimasukkan ke hospital di mana THC, komponen utama marijuana, dikesan dalam darahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...