Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Thailand setuju buka pintu sempadan di Wang Kelian dan Bukit Kayu Hitam

    KANGAR, 25 MAC – Thailand bersetuju untuk membuka pintu sempadan daratnya dengan Malaysia iaitu di Wang Kelian, Perlis dan Bukit Kayu Hitam, Kedah mulai 1 April ini.

    Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu merupakan berita gembira khususnya bagi penduduk di kedua-dua negeri berkenaan.

    Beliau berkata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin juga telah diminta untuk berbincang dengan kerajaan Thailand supaya membenarkan pembukaan segera pintu sempadan di Padang Besar, Perlis dan kawasan lain di utara tanah air.

    Semalam Ismail Sabri mengumumkan pembukaan sepenuhnya pintu sempadan darat Malaysia-Singapura yang digunakan oleh para pekerja yang berulang alik secara harian bermula 1 April ini.

    “Pembukaan sempadan ini akan mempermudahkan mereka untuk bekerja dan SOP (prosedur operasi standard) yang kita kenakan juga adalah longgar iaitu tiada lagi kuarantin dan tidak perlu menjalani ujian PCR atau RTK pada waktu prapelepasan dan ketibaan,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perlis 2022 di sini hari ini.

    Perdana Menteri berkata langkah itu akan menyumbang kepada pemulihan negara yang memberi impak positif ke atas kelestarian ekonomi dan kesejahteraan kehidupan Keluarga Malaysia.

    Beliau berharap SOP yang dilaksanakan di pintu masuk sempadan Malaysia-Singapura di Johor itu dapat juga dilaksanakan di pintu-pintu masuk di sempadan Malaysia-Thailand di utara tanah air.

    Sementara itu, sejajar dengan Fasa Peralihan ke Endemik mulai 1 April, Ismail Sabri berkata kerajaan melancarkan program Duta Komuniti Keluarga Malaysia yang berkonsepkan kesukarelawanan dengan matlamat untuk membudayakan kawalan kendiri dalam kalangan komuniti sepanjang fasa peralihan itu. – Bernama

    Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Duta Komuniti pada Majlis Perasmian Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perlis di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...