Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Tiara pertabalan dilelong AS$1.67 juta

    GENEVA, 18 MEI – Tiara yang dipakai pada dua pertabalan British dan berlian Star of Egypt yang kononnya pernah menjadi milik Raja Farouk dijual pada lelongan semalam, mengakhiri jualan barang kemas yang memukau selama seminggu di Geneva.

    Barang kemas bersejarah itu dilelong di Christie’s, sehari selepas rumah lelong Sotheby menjual berlian biru Bulgari dengan harga lebih daripada AS$25 juta.

    Kurang dari dua minggu selepas pertabalan Raja Charles III Britain, pembida bersaing untuk mendapatkan Tiara Berlian Bessborough (gambar – AP), yang dipakai semasa pertabalan datuk Raja Charles, Raja George VI pada 1937 dan ibu Ratu Elizabeth II pada 1953.

    Vere Ponsonby, earl kesembilan Bessborough, menugaskan tukang emas Paris Chaumet untuk mereka bentuk tiara untuk isterinya sempena pelantikannya sebagai gabenor jeneral Kanada pada tahun 1931. Beliau memakainya semasa pertabalan.

    Hiasan kepala Art Deco platinum itu dijual pada harga 945,000 franc Swiss (AS$1.67 juta).

    “Ia adalah ikonik dari segi gaya. Hasil kerjanya sukar dipercayai,” kata Max Fawcett, ketua barang kemas di Christie’s di Geneva, yang menjual tiara itu.

    “Ia adalah satu karya seni dan satu sejarah,” katanya kepada AFP. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...