Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Tiga jalan Daerah Brunei Muara ditutup sementara

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 APRIL – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang berasingan hari ini telah memaklumkan penutupan sementara separuh jalan di tiga jalan di Daerah Brunei dan Muara bagi kerja-kerja pembaikan.

    Jalan-jalan berkenaan adalah separuh Jalan Utama Tanah Jambu yang akan ditutup sementara pada 9 April bermula 9 pagi sehingga kerja-kerja selesai dijalankan.

    Pada 11 April, kerja-kerja pembaikan akan dijalankan di Jalan Utama Salambigar, berhampiran One City bermula 9 pagi.

    Sementara itu, penutupan separuh jalan di Jalan Telanai, berhampiran Simpang 53 akan dilaksanakan pada 12 April yang juga bermula 9 pagi.

    Sehubungan dengan itu, pihak jabatan mengingatkan para pengguna jalan-jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

    Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Livechat 8333123 ataupun e-mel pro@pwd.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...