Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Tiga pendaki Shahbandar ditemui selamat

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MEI – Tiga pendaki yang tersesat di Taman Rekreasi Bukit Shahbandar, Jerudong telah selamat ditemukan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) dalam insiden pada 7 Mei lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JBP, di sini, empat orang anggota dari Balai Bomba Jerudong yang diketuai oleh ASO Saini bin Gapor dan enam orang anggota dari Skuad Khas Balai Bomba Rimba yang diketuai oleh ABK 544 Pengiran Mezidi bin Pengiran Haji Serudin telah dikerahkan ke lokasi pada waktu petang.

    Di lokasi, anggota bomba dan penyelamat menjalankan penyiasatan dengan membuat panggilan kepada mangsa melalui telefon bimbit di sekitar kawasan hutan berkenaan dengan anggota bomba dan penyelamat segera membuat pencarian melalui maklumat yang telah diberikan.

    Tiga orang mangsa telah berjaya dijumpai kira-kira pukul 8:16 malam di kawasan Bukit Luba iaitu kira-kira 5 kilometer dari tempat letak kereta Bukit Shahbandar dalam keadaan selamat dan tidak mendapat sebarang kecederaan.

    Orang ramai perlu mengambil perhatian akan ketetapan waktu tutup mana-mana taman riadah yang telah ditetapkan oleh mana-mana pihak yang berkaitan supaya tidak terjadinya kejadian yang tidak diingini terutama pada waktu malam atau cuaca tidak menentu.

    JBP menyarankan orang ramai untuk sentiasa membawa jurupandu yang berpengalaman apabila masuk ke kawasan hutan, jangka mendaki bukit secara berseorangan atau semasa cuaca mulai gelap atau keadaan cuaca yang tidak mengizinkan kerana ditakuti berlakunya perkara yang tidak diingini dan untuk memaklumkan kepada keluarga atau kawan-kawan di mana tempat yang mereka hendak tuju.

    Bagi keselamatan, mereka juga disarankan untuk membawa bersama wisel, lampu, telefon bimbit dan air bagi keperluan jika berlaku kecemasan.

    Anggota bomba dan penyelamat berjaya menemukan tiga pendaki yang tersesat di Taman Rekreasi Bukit Shahbandar pada 7 Mei lalu. – Gambar serahan JBP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...