Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Tiger Woods tarik diri dari Terbuka AS

    LOS ANGELES, 8 JUN – Tiger Wood mengumumkan hari ini bahawa dia tidak akan menyertai kejohanan Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada minggu hadapan di Brookline kerana ingin meneruskan pemulihan selepas kecederaan kaki disebabkan kemalangan kereta tahun lalu.

    Juara utama 15 kali tersebut menarik diri daripada Kejohanan PGA pada bulan lalu selepas pusingan ketiga.

    “Saya telah memaklumkan pihak penganjur ASGA bahawa saya tidak akan bertanding dalam Terbuka AS kerana saya memerlukan masa untuk kembali beraksi dalam kejohanan utama golf,” tulis Wood menerusi akaun Twitternya, menambah bahawa dia masih bercadang untuk beraksi di Terbuka Britain di St Andrews, yang akan berlangsung pada 14 Julai nanti.

    “Saya tidak sabar untuk kembali beraksi,” katanya lagi.

    Pemain berusia 46 tahun itu telah membuat kemunculan yang mengejutkan di kejohanan Masters pada April lalu, selepas memerlukan pembedahan untuk merawat kaki kanan berikutan kemalangan kereta pada Februari tahun lalu.

    Dia berjaya melayakkan diri di kejohanan Kebangsaan Augusta dan PGA di Southern Hills, di mana dia telah mempamerkan prestasi ketiga yang mengecewakan di pusingan utama dalam kerjayanya.

    Pemain Amerika Syarikat tersebut adalah juara Terbuka AS tiga kali, dengan gelaran juara terakhir dirangkulnya adalah pada tahun 2008 di Torrey Pines apabila dia tidak mempedulikan kecederaan lutut kirinya untuk memenangi pusingan playoff itu.

    Sementara itu, dia pernah menjulang Claret Jug dua kali di St Andrews, Scotland, pada tahun 2000 dan 2005.

    Pada masa ini, Wood menduduki tangga ke-881 dalam ranking dunia. Sebelum itu, dia pernah kembali beraksi selepas menjalani pembedahan tulang belakang pada tahun 2017 untuk memenangi gelaran juara utama terbarunya di kejohanan Masters pada tiga tahun lalu. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Tiger Woods semasa menghadiri sesi latihan sebelum kejohanan PGA bermula, 17 Mei 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...