Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    TikTok tetapkan had masa untuk budak bawah umur

    NEW YORK, 2 MAC – TikTok menetapkan setiap akaun pengguna di bawah usia 18 tahun akan mempunyai had masa skrin harian selama 60 minit dalam beberapa minggu akan datang.

    Syarat itu dibuat berikutan kebimbangan yang semakin meningkat dalam kalangan pelbagai kerajaan mengenai keselamatan dan keupayaan untuk mengubah algoritmanya untuk menolak siaran tertentu.

    Kemas kini itu juga mencerminkan peraturan permainan yang dikenakan ke atas kanak-kanak di bawah umur di China, tempat syarikat induk TikTok, ByteDance bertapak.

    Menurut Pusat Penyelidikan Pew, kira-kira dua pertiga remaja Amerika Syarikat (AS) menggunakan TikTok dan rata-rata keluarga bergelut untuk mengehadkan jumlah masa anak-anak menggunakan aplikasi milik China itu.

    Ketua amanah dan keselamatan di TikTok, Cormac Keenan, menjelaskan apabila had 60 minit dicapai, kanak-kanak umur 13 tahun ke bawah akan disuruh memasukkan kod laluan dan membuat ‘keputusan aktif’ untuk terus menonton 30 minit tambahan dengan kebenaran ibu bapa.

    TikTok juga mengumumkan beberapa perubahan untuk pengguna termasuk keupayaan menetapkan had masa skrin sesuai setiap hari dalam seminggu dan membenarkan pengguna menetapkan jadual untuk senyapkan pemberitahuan.

    Syarikat itu juga melancarkan mod ‘tidur’ untuk membantu orang ramai merancang tempoh waktu mereka mahu berada di luar talian pada waktu malam. – AP

    Gambar fail menunjukkan logo TikTok di telefon bimbit seorang pengguna di Boston.TikTok berkata setiap akaun pengguna di bawah 18 tahun akan ditetapkan kepada 60 minit had masa skrin harian pada minggu akan dating. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...