Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Tingkat kesedaran pelaburan ESG

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 NOV – Sempena Minggu Pelaburan Dunia 2022, Baiduri Capital telah menganjurkan ceramah khas baru-baru ini yang dihadiri oleh lebih 60 orang pelajar Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan 50 pelajar dari Politeknik Brunei (PB).

    Sesi yang dianjurkan sebagai sebahagian daripada sumbangan Baiduri Capital untuk menggalakkan dan meningkatkan celik kewangan dan pelaburan serta mengukuhkan pengetahuan produk telah dihadiri oleh pelajar dari pelbagai bidang termasuk Sarjana dalam Kewangan Islam dan Diploma Tahap 5 dalam Perniagaan, Kewangan dan Perakaunan.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh bank berkenaan hari ini, Pengurus Besar Baiduri Capital, Brian Wong antara lain menjelaskan, pelaburan ESG merujuk kepada pelaburan yang memberi keutamaan kepada pertimbangan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

    “Melabur secara mampan juga bermakna memperuntukkan wang untuk beberapa pertimbangan berkaitan ESG.

    “Pelaburan mampan menggabungkan matlamat hasil pulangan kewangan dengan sumbangan positif kepada alam sekitar, masyarakat atau perniagaan sama ada dalam menghargai alam sekitar, standard sosial yang tinggi dan tatacara perniagaan yang bertanggungjawab,“ jelasnya.

    Brian Wong berkongsi mengenai pelaburan ESG semasa ceramah yang dianjurkan baru-baru ini.
    Winne Tan memperkenalkan Allianz Global Investors pada ceramah tersebut.

    “Sudah tiba masanya untuk pelajar, terutama di peringkat pengajian tinggi di negara ini diberi peluang untuk melibatkan diri dengan pengamal pasaran mengenai trend mega seterusnya memahami kepentingan rangka kerja yang digunakan oleh pengurus dana untuk membuat keputusan pelaburan.”

    Ceramah selama satu jam itu dikendalikan bersama Winnie Tan dari Allianz Global Investors, Singapura.

    Dalam pembentangan beliau antara lain telah memperkenalkan Allianz Global Investors dan secara ringkas membimbing peserta melalui beberapa pencapaian mampan yang dicatat sejak 1999.

    Beliau seterusnya mentakrifkan apa itu pelaburan mampan dan kepentingan pelaburan mampan untuk syarikat dan pasaran kewangan.

    Baiduri Capital yang ditubuhkan pada tahun 2015 merupakan anak syarikat milik penuh Bank Baiduri, dan mengkhusus dalam perdagangan sekuriti dan produk pelaburan.

    Melalui portal dagangan sekuriti dalam talian berasaskan web yang selamat, yang
    pertama dan satu-satunya di negara ini, pelanggan boleh berdagang di SGX (Singapura), HKEx (Hong Kong), China A-Shares, Bursa Malaysia, Bursa Saham New York (NYSE), Pasaran Saham NASDAQ serta NYSE MKT LLC (AMEX).

    Selain perdagangan sekuriti, Baiduri Capital juga menawarkan pelan Amanah Saham, ETF, Bon dan Insurans Hayat Berkaitan Pelaburan.

    Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan Baiduri Capital, orang ramai boleh melayari laman sesawang Baiduri Capital atau hubungi mereka pada waktu pejabat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...