Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Tingkatkan kepekaan keadaan cuaca

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OKT – Seramai 119 wakil dari agensi kerajaan, pihak swasta dan orang ramai telah menghadiri Taklimat Cuaca Kebangsaan ke-17 yang diadakan di Dewan Auditorium Jabatan Penerangan, hari ini.

    Taklimat anjuran Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) itu merupakan salah satu inisiatifnya meningkatkan penglibatan kumpulan-kumpulan pengguna, seperti kumpulan tindakan awal dan keselamatan, kumpulan ekonomi dan industri, syarikat-syarikat pembinaan, syarikat-syarikat insurans, perusahaan kecil dan sederhana serta media massa.

    Matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan kefahaman dan kepekaan pelbagai kumpulan pengguna dan orang ramai mengenai keadaan cuaca semasa bagi Negara Brunei Darussalam.

    Ia juga akan dapat memudah cara kesiapsiagaan kumpulan pengguna dan orang ramai dalam membuat perancangan dan sebarang tindakan awal dalam menghadapi sebarang keadaan cuaca.

    Taklimat telah disampaikan oleh ahli meteorologi dari BDMD, Dayang Harnina binti Morani yang antara lain menjelaskan mengenai monsun peralihan.

    Manakala itu, Pegawai Pengurusan Bencana dari Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC), Awangku Muhd Naaim Syafii bin Pengiran Haji Besman menyampaikan mengenai pengurusan bencana di Brunei Darussalam.

    Taklimat yang disampaikan kali ini memfokuskan kepada keadaan cuaca, iklim dan ramalan jangka panjang bagi monsun peralihan yang bermula pada awal Oktober 2022 dan berterusan hingga hujung November 2022.

    Dayang Harnina dan Awangku Muhd Naaim Syafii semasa menyampaikan taklimat di Dewan Auditorium Jabatan Penerangan, kelmarin.
    Antara yang hadir mendengarkan taklimat tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...